Seo Services

Adenan Ajak Kerajaan Pusat Bantu Bangun Sektor Perikanan Sarawak


SEMATAN: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengajak kerajaan pusat berganding bahu dalam membangunkan industri perikanan di negeri ini.

Beliau berkata, di perairan Sarawak yang luas masih terdapat banyak sumber marin yang boleh diterokai untuk memberi sumber hasil kepada nelayan dan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya agensi-agensi penguatkuasaan maritim lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang bagi menghalang pencerobohan oleh nelayan-nelayan asing.

"Memandang perairan kita (negeri Sarawak) ini luas maka saya minta lebih banyak kapal dan anggota penguatkuasaan dihantar ke perairan kita untuk membuat rondaan dan penguatkuasaan," katanya.

Adenan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran projek tukun tiruan di perairan negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut meminta supaya kerajaan pusat memperuntukan wang yang lebih banyak bagi tujuan penanaman tukun tiruan di sepanjang perairan Sarawak dalam usaha meningkatkan populasi ikan.

Sementara itu Adenan mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap nelayan laut dalam tempatan yang menjual lesen mereka kepada nelayan asing atau menjual hasil tangkapan mereka kepada nelayan asing.

Katanya, beliau mengetahui ada nelayan tempatan yang menjual hasil tangkapan mereka kepada nelayan asing ketika di tengah laut sambil menambah ia perbuatan yang amat merugikan negara.

"Saya juga tahu ada nelayan-nelayan tempatan yang menerima subsidi diesel dan enjin bot menjualkannya kepada orang lain dan saya ingin mengingatkan pihak berkuasa memberi lesen hanya kepada nelayan-nelayan yang serius mahu keluar ke laut menangkap ikan," katanya.

Dalam pada itu, Adenan berkata Projek Tebingan Sungai Sematan yang dirancang akan turut dilengkapi dengan pusat pendaratan hasil laut.

-- BERNAMA
Adenan Ajak Kerajaan Pusat Bantu Bangun Sektor Perikanan Sarawak Adenan Ajak Kerajaan Pusat Bantu Bangun Sektor Perikanan Sarawak Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.