Seo Services

Anugerah WebTVAsia Bakal Iktiraf YouTubers Popular Di Rantau Asia


KUALA LUMPUR: Anugerah YouTube peringkat Asia - Anugerah WebTVAsia 2015 - bakal menghimpunkan ‘YouTubers’ terbaik dan paling popular dari 12 negara Jumaat ini.

Anjuran Prodigee Media Group dari Malaysia, ia sebagai satu usaha untuk mengiktiraf pengkarya dalam talian dan kandungan terbaik.

“Industri hiburan dan media telah berubah. Semuanya ke arah digital. Generasi baharu habiskan masa mereka secara online. Bagaimana mereka menonton kandungan telah berubah. Mereka tidak akan menghabiskan satu hingga dua jam untuk menonton sesebuah kandungan. Mereka kini menonton kandungan berdurasi 5 hingga 10 minit.

“Maka dengan itu, lahirnya pengkarya baharu yang menghasilkan video berdurasi pendek dan mereka mempunyai pengaruh yang tinggi. Mereka boleh menghasilkan video dengan satu juta views,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prodigee Media Group Fred Chong ketika ditemui di Astro AWANI, pada Rabu.

Fred Chong
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prodigee Media Group Fred Chong berkata sudah tiba masanya untuk mengiktiraf pengkarya dalam talian, atau YouTubers. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib

Anugerah WebTVAsia 2015 akan menyaksikan lebih 30 anugerah diberikan kepada para pencipta kandungan dan bakat-bakat YouTube yang berpengaruh dan popular dari negara-negara yang mengambil bahagian dari China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

“Selain meraikan kejayaan masing-masing, saya juga berharap para pengkarya dapat mengiktiraf WebTVAsia sebagai satu platform untuk kolaborasi di antara negara.

“Dengan itu, kami mahukan lebih banyak karya Asia menerusi kolaborasi ini,” kata Fred.

Selain acara penganugerahan, Forum Pencipta Perisian 2015 akan berlangsung pada pagi Jumaat dan pengkarya boleh berkongsi pengalaman masing-masing.

“Pengkarya sedia ada boleh jumpa pengkarya baharu dan kongsi pengalaman mereka. Mereka juga boleh bekerjasama,” kata Freddie.

Beliau turut yakin bahawa acara ini dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk belajar dan sekaligus menghasilkan karya mereka dalam talian.

“Apa yang diperlukan di YouTube adalah bakat anda. Anda perlu memberikan sesuatu yang segar dan inovatif. Kandungan anda begitu penting untuk menerima jumlah views yang banyak. Content is King,” jelas Freddie.

Anugerah WebTVAsia 2015 adalah acara rasmi terbuka hanya pada jemputan khas. Namun, ia dapat ditonton secara langsung secara eksklusif melalui saluran YouTube WebTVAsia’s di youtube.com/WebTVAsia pada Jumaat ini, bermula jam 6 petang.

Ia akan menampilkan pengacara dari Malaysia, JinnyBoy (yang juga merupakan deejay Hitz.fm, rangkaian radio Astro) dan Kandy dari Hong Kong.

Antara nama-nama terbesar industri hiburan dan selebriti YouTube Malaysia yang akan membuat persembahan adalah Namewee, Najwa Mahiaddin dan Amir Jahari.

Selain itu, ia menampilkan personaliti hiburan dan YouTube dari rantau ini iaitu SNH48 (China), The Viral Fever (India), Mikey Bustos (Filipina), Last Day Production (Indonesia), LadyBaby (Japan), Awesome Haen (Korea), Wah Banana (Singapura), Bie the Ska (Thailand) dan ramai lagi. - Astro Awani
Anugerah WebTVAsia Bakal Iktiraf YouTubers Popular Di Rantau Asia Anugerah WebTVAsia Bakal Iktiraf YouTubers Popular Di Rantau Asia Reviewed by uMieySurianie on October 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.