KUALA LUMPUR – Belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik dan sehingga itu penjualan dan penggunaannya tidak dihalang, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Beliau berkata masih terlalu awal untuk memutuskan penjualan rokok elektronik adalah haram kerana setakat ini tiada undang-undang khusus mengenainya.
“Setakat ini tak ada lagi undang-undang diputuskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dr. Hilmi berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik itu sebelum merangka akta baharu berhubung perkara itu.
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vapor dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
Dr. Hilmi berkata kementerian juga sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan. – BERNAMA
Belum Ada Keputusan Muktamad Haram Rokok Elektronik
Reviewed by uMieySurianie
on
October 29, 2015
Rating:
No comments: