Gambar hiasan |
APA punya anak, begitu berkira dan kedekut hinggakan dia mengenakan bayaran lebih RM1,000 kepada ibunya yang sudah uzur setiap kali melawat wanita itu di rumah orang tua.
Perbuatan lelaki berusia 62 tahun itu telah disifatkan oleh hakim sebagai menjijikkan.
“Saya percaya mengenakan caj untuk melawat ibu yang sudah tua merupakan satu perbuatan yang menjijikkan,’’ kata hakim Denzil Lush.
Kerana sifat bakhilnya juga, lelaki itu tidak mahu membayar kos yang dikenakan untuk peralatan mandi dan membersihkan badan si ibu tua terbabit.
Wanita itu telah ditempatkan di rumah orang tua berkenaan sejak sedekad lalu akibat mengalami masalah mental selepas kematian suaminya.
Dia sebelum itu melantik anak lelakinya itu sebagai pemegang amanah hartanya pada 2004.
Bagaimanapun timbul kebimbangan apabila bayaran kos perubatan di rumah orang tua berkenaan yang mencecah lebih RM30,000 tahun lepas, tidak berbayar. Kes itu kemudiannya dirujuk kepada Penjaga Awam.
Walaupun rumahnya telah dijual pada 2006 dengan harga hampir RM500,000 namun anaknya mengawal semua wang wanita berkenaan dan tidak membuat bayaran di rumah penjagaan tersebut.
“Ibu saya tidak akan hidup lama lagi jadi sebagai warisnya, wangnya adalah milik saya sepenuhnya,’’ kata lelaki itu. – MYNEWSHUB.CC
Caj Kepada Ibu Setiap Kali Lawatnya Di Rumah Orang Tua
Reviewed by uMieySurianie
on
October 29, 2015
Rating:
No comments: