KUCHING: Dabai dan Terung asam kebiasaannya menjadi makanan yang diminati oleh masyarakat Sarawak, dengan adanya teknologi terkini Dabai dan Terung asam boleh didapati dalam bentuk aiskrim.
Dengan kerjasama di antara Jabatan Pertanian Sarawak dan See Lian Huat Ice Cream Sdn Bhd (Mayhua Ice Cream), produk berkenaan dihasilkan serta boleh didapati di pasar raya negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, produk berkenaan adalah nilai tambah kepada penghasilan buah berkenaan selain usaha penyelidik dalam mempelbagaikan produk daripada sumber pertanian yang ada di negeri ini.
“Misalnya buah dabai dan terung asam ini, ia mungkin tidak pernah menjadi impian namun disebabkan penyelidik yang inovatif mereka mampu menghasilkan aiskrim dabai dan terung asam."
“Melalui usaha saintis atau penyelidik, kita mampu mengkomersialkan produk pertanian untuk menjadi produk nilai tambah,” kata Jabu.
Jabu juga berharap produk pertanian yang lain akan terus dibuat kajian menggunakan kaedah yang sama agar produk pertanian yang lain dapat dikomersialkan.
Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu merasmikan Majlis pelancaran Aiskrim perisa dabai dan terung asam sempena perasmian Persidangan Pegawai-Pegawai Penyelidikan Pertanian 2015 di sini. - sarawakiana
Dabai dan Terung Asam Dikomersial Sebagai Aiskrim.
Reviewed by Unknown
on
October 08, 2015
Rating:
No comments: