Penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin akui kagum dengan keperibadian dan kemulian hati pemain bola sepak terkenal Critsiano Ronaldo dalam mempertahankan hak kemanusiaan pelarian Syria.
Ronaldo juga dikatakan turut memperjuangkan misi kemanusian penduduk di Palestin yang membuatkan Siti Nurhaliza merasakan dia amat berbeza dengan pemain bola sepak yang lain.
“Dek kerana komen saya yang dibuat di Instagram milik Ronaldo ia telah menjadi viral di media sosial. Jadi dengan kesempatan ini, saya ingin berterus terang kepada semua, komen yang dibuat itu tidak memberi maksud apa-apa pun.
“Kalau di barat perkataan ‘dear’ itu adalah normal, cuma di sini sahaja berpendapat ia adalah panggilan sayang, itu pendapat mereka saya tidak boleh nak halang.
“Apa yang saya ingin sampaikan ini ialah, sifat Ronaldo yang banyak menyokong hak perjuangan agama Islam tidak kira isu pelarian di Syria mahupun peperangan di Bumi Palestin.
“Walaupun dia bukan seorang Muslim, tetapi berani dan bersuara lantang dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan. Ia adalah contoh yang baik buat semua masyarakat dunia,” kata Siti Nurhaliza kepada portal Murai.com.my.
Siti Nurhaliza ditemui di Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Vol. 2 turut memohon kepada semua agar isu viral yang berlaku baru-baru ini tidak diperbesarkan dan meminta semua peminatnya bertenang.
“Saya harap perkara tersebut tidak terus hangat diperkatakan, jadi marilah kita sama-sama mendoakan agar penidasan yang berlaku terhadap pelarian Syria dapat dihentikan segera,” tegasnya.
Menyentuh mengenai Konsert Satu Suara Vol 2, beliau akan membuatkan persembahan secara duo dan trio bersama penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan lagenda rock Datuk Ramli Sarip.
Konsert ini akan berlangsung pada 7 dan 8 November depan di Panggung Sari Istana Budaya dengan tiket dijual pada harga RM78,RM108,RM218,RM238,RM258,RM278,RM338, dan RM518 menerusi www.AirAsiaRedtix.com. Harga tiket tidak termasuk caj tiket & GST. - Murai
Dato’ Siti Nurhaliza Kagum Dengan Kemuliaan Hati Cristiano Ronaldo
Reviewed by uMieySurianie
on
October 07, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
October 07, 2015
Rating:

No comments: