Seo Services

Gagal Sasar Jualan, Pekerja Disuruh Merangkak


BEIJING: Sebuah syarikat diselar selepas gambar pekerjanya dihukum merangkak di khalayak ramai kerana gagal mencapai sasaran jualan tersebar di Internet.

Gambar yang disiarkan Sina Weibo menunjukkan 10 lelaki dan wanita terbabit merangkak di sekitar Tasik Ruyi yang popular di Zhengzhou, ibu negeri wilayah Henan.

Mereka dilaporkan pekerja syarikat jualan yang gagal mencapai sasaran ditetapkan majikan.

Disebabkan itu mereka diarah merangkak di laluan kayu mengelilingi tasik itu walaupun ada pelancong di situ yang tidak melepaskan kesempatan mengambil gambar.

Malah, seorang pekerja tambahan turut dikerahkan ‘memantau’ pelaksanaan hukuman itu untuk memastikan dilakukan dengan betul. - Agensi
Gagal Sasar Jualan, Pekerja Disuruh Merangkak Gagal Sasar Jualan, Pekerja Disuruh Merangkak Reviewed by Unknown on October 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.