![]() |
| Gambar Hiasan |
Sarawak memang dikenali dengan populasi kependudukan masyarakat Iban. Namun dalam Iban itu sendiri terdapat pecahan komuniti kaum. Sebagai contoh masyarakat iban Remun.
Dalam bangsa Iban itu sendiri terdapat kaum Iban yang dinamakan Iban Remun. Kebanyakan Iban Remun ini tertumpu di Bahaguan Serian dan tidak jauh daripada sempadan Malaysia dan Kalimantan. Bezanya Iban Remun dan Iban lain ialah dari segi tuturkata, budaya dan sejarah penghijrahan mereka.
Iban Remun adalah etnik yang paling awal melakukan penghijrahan dari Sungai Kapuas Kalimantan Borneo. Diawal penempatan mereka adalah pesisir Sungai Labuyan sehingga Batang Ai Lubuk Antu. Penghijrahan seterusnya ke Lubang Baya dan Tapang.
Penghijrahan Iban Remun tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka terus menyusuri beberapa batang sungai sehingga mereka menapak di Batang Sadong. Dengan menetap di Batang Sadong Iban Remun telah bertemu jodoh dengan Iban di Sebuyau akhirnya membentuk masyarakat Iban Sebuyau yang ada pada hari ini.
Sikap yang tidak pernah luntur berhijrah, Iban Remun melakukan penghijrahan berterusan sehingga ke Serian. Penghijrahan yang berterusan menapakkan Iban Remun di setiap kawasan yang mereka susuri. Akhirnya Iban Remun telah mudik ke hulu Serian dan menetap di penempatan tetap berhampiran sempadan Malaysia dan Indonesia.
Sehingga kini masyarakat Iban Remun yang populasi ramai masih menetap di Bahagian Serian. Mereka hidup dalam kelompok yang mengamalkan pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kini mereka hidup sebagai masyarakat yang kekal dalam Malaysia kerana pengakhiran penghijrahan mereka berada dalam bumi Malaysia. - Sarawakiana
Iban Remun Dan Sejarah Penghijrahan.
Reviewed by Unknown
on
October 07, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 07, 2015
Rating:

No comments: