Seo Services

KDN Tingkat Kerjasama Dengan Bakamla Indonesia Kawal Sempadan Sarawak



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meningkatkan hubungan kerjasama dengan Badan Koordinasi Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla) dalam mengawal keselamatan sempadan di Sarawak, Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata kerjasama dijalankan berbentuk pertukaran maklumat risikan dengan Bakamla di bawah payung kerjasama Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia (Malindo GBC) di samping kawalan agensi penguatkuasaan dari Malaysia.

"Buat masa ini penugasan kawalan sempadan di Sarawak dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen, namun kerajaan bercadang memohon kerjasama agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya di Dewan Rakyat Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (BN-Hulu Rajang) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sekiranya ada cadangan membina pos kawalan di Long Busang, Belaga, di Long Singgut dan di Bukit Mabong, Tunoh, Sungai Mujong di Kapit, Sarawak dan perancangan pasukan khas mengawal keselamatan di sempadan.

Masir berkata pembinaan pos kawalan sempadan terbaru adalah di Long Busang dan Long Singgut di Kapit manakala pembinaan pos kawalan di Bukit Mabong, Tunoh dan Sungai Mujong masih belum dilaksanakan oleh kerana ketiadaan tapak bagi menjalankan pembinaan.

"Bagaimanpun KDN telah ambil maklum tentang cadangan pembinaan pos kawalan di kawasan yang terlibat," katanya.

-- BERNAMA
KDN Tingkat Kerjasama Dengan Bakamla Indonesia Kawal Sempadan Sarawak KDN Tingkat Kerjasama Dengan Bakamla Indonesia Kawal Sempadan Sarawak Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.