Seo Services

Penganggur Didakwa Cabul Kanak-Kanak 6 Tahun

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, Jumaat lepas.

Muhammad Iskandar Shahzrin Othman, 23, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud hendak mencabul kanak-kanak itu yang juga jirannya di sebuah unit apartmen di Brickfields di sini, pada 9.30 malam, 23 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul Anwar menawarkan jaminan RM20,000 namun tiada jaminan ditetapkan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris kerana penjamin tertuduh tidak hadir.

Mahkamah menetapkan 3 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Penganggur Didakwa Cabul Kanak-Kanak 6 Tahun Penganggur Didakwa Cabul Kanak-Kanak 6 Tahun Reviewed by uMieySurianie on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.