Seo Services

Jabatan Alam Sekitar Akan Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak Jayakan Program Kesedaran


KUCHING: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak FAMA Negeri Sarawak, pihak Triniken (Sarawak) Sdn. Bhd. dan pihak Sarawak Energy Berhad serta pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak melalui penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti yang diadakan bagi penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2015 kali ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Ini merupakan salah satu contoh mekanisma perkongsian strategik (smart partnership) dengan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta Institusi Pengajian Tinggi.

“Penglibatan pelbagai pihak dalam menangani isu alam sekitar amatlah diperlukan bagi menjayakan program-program kesedaran,” katanya sambil menambah ini bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian alam sekitar agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua stakeholder, pelanggan-pelanggan dan orang ramai.

Beliau menjelaskan, hubungan kerjasama dua hala yang termeterai ini akan membantu dalam melaksana dan memantapkan sistem penyampaian kesedaran alam sekitar ke setiap lapisan masyarakat dan pelbagai aktiviti memupuk dan menanam kesedaran dapat dilaksanakan dengan adanya hubungan kerjasama ini.

“Syabas saya ucapkan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan kepada semua organisasi yang terlibat di atas usaha murni ini,” katanya.

Beliau berharap agar usaha sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan diperluaskan juga di pelbagai sektor lain.

Junaidi turut menyeru agar semua pihak tidak kira agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta, Kolej-Kolej, Maktab, sekolah-sekolah dan lain-lain dalam menjayakan program-program kesedaran di masa-masa akan datang bagi meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar di kalangan masyaraka.

“Peranan tuan-tuan dan puan-puan penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita berkekalan,” katanya. – Sarawakiana
Jabatan Alam Sekitar Akan Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak Jayakan Program Kesedaran Jabatan Alam Sekitar Akan Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak Jayakan Program Kesedaran Reviewed by uMieySurianie on October 31, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.