Seo Services

Lima Kritikal, 20 Cedera Dirempuh Kereta Mewah Jutawan


Lebih 20 orang penonton cedera selepas seorang juatawan British yang memandu kereta bernilai £750,000 merempuh orang ramai dalam perlumbaan di Malta.

Paul Bailey (gambar bawah) memandu kereta jenis Porsche Spyder dalam keadaan laju sepanjang laluan lapangan terbang yang tidak digunakan di Hal Farrug sebelum merempuh penonton.

Saksi memberitahu keadaan kecoh dengan orang ramai menjerit selepas kereta yang berkelajuan 210 kmh hilang kawalan dan terbabas ke arah penghadang jalan dan penonton.

Lima daripada 26 yang cedera berada dalam keadaan kritikal termasuk seorang budak perempuan, 6 tahun dan pemandu berusia 55 tahun.

Sembilan lagi mengalami keretakan dan luka memerlukan rawatan hospital.

Menurut Malta Today, Bailey, bapa kepada empat anak menyertai acara tahunan pertunjukan motor Paqpaqli ghall-Istrina dan kejadian rempuhan berlaku pada pukul 2 petang.-mStar

Lima Kritikal, 20 Cedera Dirempuh Kereta Mewah Jutawan Lima Kritikal, 20 Cedera Dirempuh Kereta Mewah Jutawan Reviewed by Unknown on October 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.