Seo Services

Malam Revolusi Muzik Borneo 2015 Meriah


KUCHING : Malam Revolusi Muzik Borneo berjaya mengetengahkan bakat-bakat baru sekitar Kuching dalam bidang muzik.

Menurut Pengarah Star Audio One selaku penganjur Abg Alim, aktiviti tersebut telah mendapat sambutan daripada anak muda sekitar Kuching yang berminat dalam muzik.

" Kumpulan dan penyanyi solo sekitar Kuching sebelum ini hanya bergerak secara bersendirian dan tiada pendedahan bakat mereka kepada umum. Pihak kami Star Audio One telah mencungkil bakat mereka dan mereka telah merakam suara dan muzik di Studio rakaman kami. " kata Alim.

" Dengan adanya aktiviti seperti malam Revolusi Muzik Borneo, bakat yang sebelum ini terpendam dapat diketengahkan melalui aktiviti tersebut," tambah Alim.

Di samping itu Alim menyatakan bahawa Studio Star Audio One juga memberi perkhidmatan rakaman suara dan muzik dengan kadar yang berpatutan kepada mereka yang berminat untuk membuat rakaman. Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah kelas muzik dan sewaan alat audio dan band.

Alim turut menjelas bahawa artis yang membuat persembahan pada malam itu juga pernah menggunakan perkhidmatan rakaman Studio Star Audio One.

9 buah band telah menunjuk bakat mereka pada malam tersebut seperti Residentz, Cermin, Re Post, Fixxer, Senaya Pegari, De Emperadja, Primadona, Mentol dan Rievera band.

Tidak ketinggalan bakat penyanyi solo yang membuat persembahan seperti Abg Hafiz, Kenny Hugh, Dzul, Mizie Clay, Austine, Jeffry M, Gloria, Ernie Diana dan Fird.

Artis jemputan Jennifer Jack, Jefry Jack, Eric Augustin dan Abg Hafiz turut memeriahkan malam tersebut.

Di akhir kata Abg Alim menyatakan bahawa malam Revolusi Muzik Borneo akan diteruskan dari masa kesemasa dan berbeza lokasi. Iguana Lounge telah menjadi venue persembahan dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan pada kali ini. - Sarawakiana
Malam Revolusi Muzik Borneo 2015 Meriah Malam Revolusi Muzik Borneo 2015 Meriah Reviewed by Unknown on October 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.