Seo Services

Mayat Reput Ditemui Dekat Sekolah Tempat Kanak-Kanak Orang Asli Hilang


GUA MUSANG: Mayat reput seorang budak perempuan ditemui oleh penduduk tempatan di perairan Sungai Perias dekat sini, kira-kira 500 meter dari sekolah di mana tujuh kanak-kanak Orang Asli hilang lebih dari enam minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Saiful Bahri Abdulah berkata penduduk tempatan telah menyerahkan mayat kanak-kanak itu kepada pihak yang melakukan carian.

Walau bagaimanapun, Saiful Bahri tidak dapat mengesahkan jika mayat itu adalah salah satu daripada kanak-kanak Orang Asli yang hilang sehingga secara positif dikenalpasti oleh ahli keluarga.


"Polis masih belum dapat mengesahkan mengenai penemuan mayat itu. Kita perlu menunggu untuk pengesahan identitinya," katanya.

Beliau berkata, dengan penemuan itu, usaha mencari kanak-kanak itu akan tertumpu di sekitar kawasan di mana mayat itu ditemui.

Tujuh kanak-kanak itu, Mirsudiar Aluj, 11, Norieen Yaakob, 10, Ika Ayel,9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli,8, dan Juvina David,7, yang tinggal di asrama sekolah, dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan untuk melepaskan diri daripada hukuman selepas mereka ditangkap berenang di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat ibu bapa kanak-kanak hilang dan berjanji untuk meneruskan carian sehingga mereka dijumpai.

Dr Ahmad Zahid berkata satu platun Pasukan Gerakan Am Senoi Praaq akan menyertai usaha mencari dan menyelamat kerana majoriti anggota platun berasal dari kawasan yang sama dan biasa dengan bentuk muka bumi yang tebal.-mStar
Mayat Reput Ditemui Dekat Sekolah Tempat Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Mayat Reput Ditemui Dekat Sekolah Tempat Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Reviewed by Unknown on October 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.