Seo Services

Nenek Selamba Suruh Cucu Buang Air Besar Sebelah Kedai Berjenama


OXFORDSHIRE – Gambar seorang kanak-kanak dibantu oleh neneknya membuang air besar di tepi pintu utama kedai Burberry di pinggir Oxford tersebar di laman sosial.

Lapor Apple Daily, kejadian itu berlaku di Bicester Village, sebuah pusat beli-belah di Oxfordshire yang amat popular di kalangan pelancong China. Ia termasuk dalam senarai tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong China apabila melancong di United Kingdom kerana pusat beli-belah itu dianggap sebagai syurga beli-belah zon bebas cukai.

Berikutan kehadiran pelancong China yang amat tinggi di kawasan itu, papan-papan tanda berbahasa mandarin turut dipasang di stesen-stesen kereta api yang menghubungkan London dan Bicester Village bagi memudahkan para pelancong.

Setelah gambar kanak-kanak itu viral di laman sosial, netizen mempertikaikan mengapa neneknya tidak membawa cucunya itu menggunakan tandas awam yang tidak beberapa jauh dari lokasi itu dan ianya adalah percuma.

Ini bukanlah kali pertama kes membuang air besar di tempat awam yang membabitkan pelancong dari China - THM
Nenek Selamba Suruh Cucu Buang Air Besar Sebelah Kedai Berjenama Nenek Selamba Suruh Cucu Buang Air Besar Sebelah Kedai Berjenama Reviewed by Unknown on October 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.