Kerajaan Sarawak amat mementingkan langkah yang mampu memelihara alam sekitar dan agenda berkenaan sentiasa berada dekat di hati pemimpin dan rakyat negeri itu.
Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Sarawak (iM Sarawak) Datuk Joseph Salang berkata, beliau amat gembira memaklumkan bahawa penduduk di Kampung Belasoi di Marudi sudah ada kemudahan elektrik melalui penggunaan tenaga solar.
Ia mampu diperolehi tanpa perlu merosakkan atau menjejaskan alam sekitar.
“Pihak iM Sarawak amat komited membantu memajukan standard kehidupan masyarakat di negeri ini.
“Pada masa sama tetap memulihara kelestarian alam sekitar,” katanya.
Joseph yang juga Ahli Parlimen Julau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Tenaga Solar iM Sarawak di Rumah Jugah dan Rumah Nyala di Sungai Belasoi di Telang Usan, semalam.
Kawasan itu terletak dalam jarak kira-kira satu jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak.
Joseph berkata, biarpun terpaksa melalui halangan dan laluan sukar serta mencabar, khususnya untuk membawa masuk semua perkakas dan keperluan bagi pembinaan projek solar, namun kerjasama serta sokongan padu penduduk kampung mampu memaatikan ia berjalan lancar.
“Saya berasa amat gembira kerana akhirnya penduduk di Kampung Belasoi ini sudah menerima sistem tenaga solar.
“Ia menjadi lebih bermakna kerana turut melibatkan kerjasama penduduk terutama dalam hal penyambungan secara bergotong-royong,” jelasnya lagi.
Salang berkata bahawa iM Sarawak ialah badan pembangunan inisiatif sosial diwakili 1Malaysia Lembaga Penasihat Sarawak (1MSAC) yang membantu memajukan kualiti kehidupan kepada pelbagai masyarakat di seluruh negeri Sarawak.
Katanya prinsip 1Malaysia ialah kerja jangka panjang dapat memberi hasil kepada masyarakat, khususnya fokus kepada kualiti kehidupan, kemajuan, pendidikan dan sukan.
“1MSAC ditubuh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut menasihat saya apa yang diperlu masyarakat di Sarawak.
“Dan badan iM Sarawak dipengerusi saya sendiri manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh Gumbek, Datuk Billy Abit Joo dan Irwan Zulkarnian Muhammad Hasbie,” jelasnya.
iM Sarawak ialah projek kemasyarakatan yang dijalankan oleh awam dan organisasi perseorangan termasuk Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) Yayasan 1MDB, Jabatan Pendidikan, Jabatan Penerangan, Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) dan banyak lagi agensi kerajaan terlibat.
– PRU14.tv
Nikmati Elektrik Tenaga Solar, Penduduk Kampung Belasoi Marudi Sarawak Gembira
Reviewed by Unknown
on
October 05, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 05, 2015
Rating:

No comments: