Seo Services

Pembaharuan Dalam Sistem Infrastruktur Di Sarawak Perlu Dilakukan Secara Serius - Fadillah Yusof


KUCHING: Pelaksanaan pembaharuan dalam sistem infrastuktur di Sarawak perlu dilakukan secara serius, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata penekanan itu perlu memandangkan ia penting untuk mencapai matlamat menjadi negara perindustrian berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurutnya, negeri ini juga berdepan dengan cabaran besar mengekalkan tahap pertumbuhan ekonomi yang dikecapi berikutan masalah tertentu.

"Pelaburan infrastruktur amat penting dalam pembangunan kerana ia memudahkan pergerakan barang-barang, perkhidmatan dan rakyat dengan lebih cekap," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar pada Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Sarawak ke-2 segmen Pembangunan Pembinaan dan Infrastruktur: Membina Masa Depan di sini, hari ini.

Menurut Fadillah Sarawak secara konsisten menjadi pilihan utama para pelabur berikutan pembangunannya yang pesat, kedudukan strategik dengan laluan memasuki pasaran ASEAN, dasar perniagaan yang mantap dan sumber yang asli yang banyak.

"Tahun lalu ia merupakan negeri tertinggi pelaburan langsung asing (FDI) di negera ini dengan nilai RM8.4 bilion," kata beliau.

Katanya sebahagian besar pelaburan tersebut adalah dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang membabitkan negara seperti Jepun, China dan Afrika Selatan.

Menurut beliau projek Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,089 kilometer bernilai RM15 bilion dan projek Elektrik Hidro Baleh di Kapit yang berkapasiti 1,295 MW merupakan projek infrastruktur yang sangat penting.

Beliau berkata projek terbabit akan memberi impak positif kepada hidup rakyat Sarawak dan menawarkan peluang perniagaan baru. - BERNAMA
Pembaharuan Dalam Sistem Infrastruktur Di Sarawak Perlu Dilakukan Secara Serius - Fadillah Yusof Pembaharuan Dalam Sistem Infrastruktur Di Sarawak Perlu Dilakukan Secara Serius - Fadillah Yusof Reviewed by uMieySurianie on October 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.