Seo Services

Rayuan Rambo Bentong Ketepi Hukuman Mati Ditolak


PUTRAJAYA: Perogol bersiri, Rabidin Satir atau digelar Rambo Bentong gagal mengetepikan hukuman mati yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Temerloh selepas didapati bersalah membunuh gadis berusia 17 tahun, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali bersidang bersama-sama Datuk RohanaYusof dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham sebulat suara menolak rayuan Rabidin yang diwakili peguam Suzanawati Ismail.

Rabidin yang memakai uniform penjara kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Aziah yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah.

Dalam penghakimannya Aziah berkata mahkamah mendapati bahawa sabitan yang dibuat Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman pada 6 Ogos tahun lalu adalah selamat. Rabidin, 45, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah disabitkan kesalahan membunuh gadis itu di sebuah rumah di Kampung Ketari Bentong, Bentong, di antara jam 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 petang 8 Mac 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori, gantung sampai mati. Dia turut didakwa mengikut Seksyen 376(4) kanun sama, atas tuduhan merogol mangsa sehingga menyebabkan kematian gadis berkenaan di tempat dan masa yang sama, yang sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Walaupun disabitkan kesalahan membunuh dan dikenakan hukuman mati, Abdul Karim membebaskan Rabidin daripada tuduhan merogol kerana mahkamah tidak dapat menentukan, sama ada jenayah itu dilakukan ketika mangsa masih hidup atau sudah mati.

Dalam prosiding semalam, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi tidak merayu keputusan mahkamah membebaskan tertuduh daripada dakwaan rogol.

Rayuan Rambo Bentong Ketepi Hukuman Mati Ditolak Rayuan Rambo Bentong Ketepi Hukuman Mati Ditolak Reviewed by Unknown on October 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.