Seo Services

Rumah Kayu Di Kampung Siantan, Serian Musnah Dalam Kebakaran


SERIAN: Sebuah rumah kayu setingkat di Kampung Siantan, Jalan Tangga By-Pass musnah dalam satu kebakaran disini pagi tadi.

Pasukan yang melibatkan tujuh orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digegaskan ke lokasi kebakaran yang terletak empat kilometer dari BBP Serian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 pagi.

Setiba ke tempat kejadian pasukan penyelamat tersebut mendapati, hampir 90 peratus di bahagian rumah berkenaan sudah terbakar.

Mereka berjaya memadam dan mengawalkan api dalam tempoh lebih kurang setengah jam dan setakat ini, tiada laporan kecederaan yang melibatkan mangsa diterima. - Sarawakiana


Rumah Kayu Di Kampung Siantan, Serian Musnah Dalam Kebakaran Rumah Kayu Di Kampung Siantan, Serian Musnah Dalam Kebakaran Reviewed by Unknown on October 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.