Minnesota (Amerika Syarikat): Seorang lelaki mengaku membunuh neneknya kerana wanita itu menghembus hingus di meja makan.
Timothy Robert Steele, 35, didakwa atas tuduhan bunuh tahap kedua selepas kematian neneknya Agnes Wagner-Steele pada 15 Oktober lalu.
Polis yang datang ke rumah itu pada jam 11.45 malam kejadian, berkata Steele mulanya mengaku menyerang wanita berusia 84 tahun itu kerana menyebabkan jaketnya berlubang.
Steele ditemui dalam keadaan tenang dan duduk di atas sofa di dalam rumah yang turut dihuni ibunya, Diane.
Agnes - yang tinggal di rumah itu sejak 50 tahun lalu - ditemui mati dalam bilik tidur di tingkat atas rumah berkenaan.
Apabila ditanya apa yang berlaku, Steele selamba menjawab; “Saya bunuh nenek.”
Steele kemudian mendakwa merasa ada hingus dalam mulutnya dan asyik terbau hingus kerana Agnes menghembuskan hihingusnya ketika makan malam.
Dia mendakwa mendengar suara memberitahu perasan itu akan hilang jika dia membunuh mangsa.
Selepas makan malam, mangsa - yang menghidap demensia, kencing manis dan menunjukkan tanda awal kegagalan buah pinggang - naik ke biliknya.
Steele berkata, dia mengikut mangsa ke biliknya dan berhenti seketika untuk memikirkan sama ada mahu meneruskan perancangan untuk membunuh Agnes sebelum masuk ke biliknya dan memukul kepala wanita tua itu tujuh atau lapan kali menggunakan tukul.
Ketua Polis Farmington Brian Lindquist berkata, ibu Steele menghubungi polis dan lelaki itu menyerah diri tanpa melawan. - Agensi
“Saya bunuh nenek”
Reviewed by Unknown
on
October 22, 2015
Rating:
No comments: