KUCHING: Kelab Robotik SMK Tinggi Kuching akan mewakili Malaysia pada pertandingan robotik dunia, World Robotics Olympiad (WRO) yang berlangsung di Doha, Qatar dari 6 hingga 8 Nov.
Pasukan itu yang diwakili Chai Ming Qi, Josiah Yang Qi, Brandon Tan dan Bryan Tan mewakili Sarawak dan dinobatkan juara pada Pertandingan Robotik Kebangsaan 2015 yang diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 29 hingga 1 Okt.
Pengetua SMK Tinggi Kuching Tan Kiang Tuang memuji pasukan itu dengan berkata beliau bangga pencapaian mereka.
"Pencapaian mereka hasil sokongan penuh daripada guru-guru sekolah, Persatuan Teochew dan ibu bapa pelajar," kata Tan kepada pemberita di sini hari ini.
Tan berkata sekolah itu telah memenangi beberapa kejohanan dalam pertandingan robotik dan beliau yakin pelajar akan memenangi kejohanan tersebut di Doha.
Sekolah itu turut mengumumkan Ahli Belia Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu memenangi Unit Persatuan Bulan Sabit Merah terbaik di Sarawak (Kategori A) yang diumumkan pada Malam Penghargaan Sukarelawan 2015 Persatuan Bulan Sabit Merah (Cawangan Sarawak) pada 26 Sept lepas.
-- BERNAMA
Sekolah Tinggi Kuching Wakil Malaysia Pertandingan Robotik Dunia, WRO Di Qatar
Reviewed by Unknown
on
October 08, 2015
Rating:
No comments: