Seo Services

Tempat Parkir Hospital Miri Sedang Dinaik Taraf


MIRI: Orang awam yang berkunjung ke Hospital Miri dinasihati agar bersabar dengan masalah kesesakan di kawasan berkenaan berikutan pelaksanaan kerja menaik taraf kawasan parkir di situ.

Setiausaha Agung SUPP merangkap Pengerusi SUPP Piasau Datuk Sebastian Ting ketika dihubungi semalam berkata, kerja itu dilaksana setelah mendapat peruntukan RM200,000 bagi tujuan berkenaan.

“Saya menghubungi Hospital Miri dan mereka menjelaskan bahawa parkir sementara yang disediakan terbabit ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf.

“Kerja menaik taraf dijangka mengambil masa dua bulan. Jadi, saya minta kerjasama orang awam bersabar dan saling memberi kerjasama,” katanya.

Projek parkir itu merupakan inisiatif SUPP Miri dengan kerjasama Hospital Miri bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas teruk di pekarangan Hospital Miri terutama pada waktu puncak.

Hospital Miri mempunyai 646 tempat parkir dengan 128 petak adalah untuk kakitangan dan selebihnya untuk kegunaan orang awam.

Bagaimanapun, jumlah terbabit tidak mencukupi sehingga memaksa segelintir pelawat meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan. - UB


Tempat Parkir Hospital Miri Sedang Dinaik Taraf Tempat Parkir Hospital Miri Sedang Dinaik Taraf Reviewed by uMieySurianie on October 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.