Seo Services

Ops Noda: Lebih 150 Wanita Warga Asing Dicekup Di Kuching


KUCHING: Seramai lebih 150 wanita warga asing berusia antara 15 dan 30 tahun ditahan polis dalam Ops Noda di dua pusat hiburan di sini, semalam.

Difahamkan, kesemua wanita terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran selain bekerja di kedua-dua premis berkenaan di Green Height dan Padungan tanpa mempunyai permit kerja yang sah.

Kedua-dua serbuan dilakukan dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi, di mana turut ditahan ialah beberapa lelaki warga tempatan kerana mengambil pekerja asing tanpa permit kerja yang sah di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen.

Bagaimanapun, lima daripada 82 wanita yang ditahan di pusat hiburan di Green Height kini di bawah perlindungan polis selepas didapati menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

“Berdasarkan maklumat awal ketika disoal siasat, polis mendapati lima wanita warga Vietnam berkenaan berusia lingkungan 15 hingga 17 tahun dan dipercayai mereka ditipu serta dipaksa bekerja di premis tersebut.

“Justeru, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP),” kata sumber yang turut memberitahu tiga lelaki tempatan dari premis tersebut kini ditahan di bawah akta yang sama.

Selain itu, beberapa wanita warga asing terbabit turut ditahan atas kesalahan penyalahgunaan pas lawatan serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat beberapa wanita warga asing yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya ditahan selepas itu,” kata sumber.

Selain warga Vietnam, turut ditahan ialah wanita warganegara China dan Filipina.

Serbuan tersebut semalam dilakukan oleh pegawai dan anggota dari Unit D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang diketuai oleh Superintenden Zahairul Idrus.

“Operasi kali ini mencatatkan jumlah tangkapan terbesar di Sarawak di bawah Ops Noda dan kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut,” kata sumber.-UB



Ops Noda: Lebih 150 Wanita Warga Asing Dicekup Di Kuching Ops Noda: Lebih 150 Wanita Warga Asing Dicekup Di Kuching Reviewed by Unknown on October 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.