Seo Services

Suspek Ketujuh Bunuh Remaja Ditahan


SIBU: Pasukan Pegawai Siasatan Jenayah (CID) IPD Sibu menahan seorang lagi suspek remaja lelaki di kawasan Pintu Gerbang Sibu di sini pagi semalam kerana dipercayai terlibat kes bunuh remaja lelaki berumur 20 tahun yang ditemui dalam parit di Jalan Tekam pada 31 Ogos lalu.

Siasatan lanjut berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu menjurus kepada penangkapan suspek berumur 16 tahun itu, berasal dari Kanowit yang ditemui ketika berlegar-legar jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi berkata, setakat ini seramai tujuh suspek ditahan dan kes masih dalam siasatan.

Sebelum ini seramai, enam suspek lelaki berumur 15 hingga 21 telah ditahan pada 23 Oktober dan direman sehingga 30 Oktober ini.

Dalam kenyataan polis sebelum ini, semua suspek telah mengaku memukul mangsa dengan tangan dan kayu.

Polis juga menemui kayu dipercayai telah diguna semasa melakukan jenayah di dalam parit, tempat mayat mangsa ditemui.

Menurut polis, pihaknya menjejaki suspek ketujuh sehingga membawa penangkapannya semalam atas maklumat semua suspek yang telah ditahan.

Perintah reman terhadap suspek ketujuh dipohon esok (hari ini).

Difahamkan suspek ketujuh tidak bersekolah dan tidak mempunyai tempat tinggal dan tidur di merata-rata tempat di bandar ini.

Hasil siasatan polis, semua suspek ditahan terlebih dahulu memberitahu bahawa suspek ketujuh dikata terlibat sama dalam kes bunuh berkenaan.-UB
Suspek Ketujuh Bunuh Remaja Ditahan Suspek Ketujuh Bunuh Remaja Ditahan Reviewed by Unknown on October 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.