Seo Services

Wanita ‘Terbang’ Selepas Berlanggar Hilux


SIBU: Seorang wanita dipercayai ‘terbang’ ke lorong bertentang selepas motosikal ditunggangi bertembung sebuah Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat Jalan Mantis pagi semalam.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki manakala motosikalnya terperosok ke bawah bahagian enjin pacuan empat roda berkenaan.

Polis trafik yang dimaklum mengenai kejadian tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Dalam kejadian pada jam 7 pagi semalam, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke arah pusat bandar manakala pemandu Hilux menuju ke Ulu Lanang.

Motosikal mangsa berada di bahagian bawah enjin kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa untuk mengeluarkannya.

Difahamkan, pemandu Hilux berkenaan merupakan seorang bekas ketua polis daerah Sibu satu ketika dahulu.

Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa wanita dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu dalam kes yang berasingan, dua lelaki dimasuk ke Hospital Sibu selepas motosikal ditunggangi berlanggar dengan sebuah lagi motosikal lain dalam kemalangan jalan raya pada jam 8 malam di Batu 29, Stapang malam kelmarin.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki tersebut berumur 43 dan 32 tahun dihantar Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Wanita berumur 40 tahun itu berasal dari Kampung Sentosa turut dihantar ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar.

Kedua-dua lelaki berasal dari Sri Aman dan Stapang mengalami kecederaan bahagian kaki dan tangan.-UB



Wanita ‘Terbang’ Selepas Berlanggar Hilux Wanita ‘Terbang’ Selepas Berlanggar Hilux Reviewed by Unknown on October 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.