Seo Services

10 Kes Curi Kabel Telekom Di Sri Aman


SRI AMAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman telah mengadakan taklimat dan perjumpaan dengan pihak Telekom Malaysia Berhad bertempat di pejabat TM Point Sri Aman di sini, kelmarin. 

Perjumpaan terbabit melibatkan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad bersama pegawai kanannya dengan Haji Norman Putit dari Ibu Pejabat Telekom Malaysia Kuching dan Razak Baki selaku pengurus Telekom Malaysia Sri Aman.

Mat Jusoh ketika ditemui berkata taklimat ini bertujuan untuk membincang satu bentuk kerjasama baharu dengan pihak Telekom Malaysia Sri Aman bagi membanteras jenayah kecurian kabel milik syarikat terbabit di sini.

"Haji Norman telah menyampaikan taklimat kepada pihak IPD Sri Aman mengenai statistik kejadian curi kabel telekom di Sarawak termasuk 10 kes yang berlaku di Sri Aman pada masa sekarang. 

"Menerusi taklimat itu pihak kita juga turut didedahkan dengan modus operasi kecurian kabel yang dilakukan oleh para penjenayah ini dan impak negatifnya berhubung kejadian berkenaan," kata beliau.

Menerusi taklimat pihak IPD Sri Aman kata Mat Jusoh telah pun membincangkan strategi untuk menyiasat dan menangkap mana-mana pihak yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel berkenaan.

"Justeru IPD Sri Aman akan terus mengeratkan hubungan kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia bagi membanteras kegiatan mencuri kabel yang berlaku di Sri Aman kelak," katanya.-UtusanSarawak
10 Kes Curi Kabel Telekom Di Sri Aman 10 Kes Curi Kabel Telekom Di Sri Aman Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.