Seo Services

Enam Warganegara Indonesia Sogok Polis Terima Hukuman


SRI AMAN: Enam warga Indonesia cuba menyogok wang kepada anggota dan pegawai polis secara berasingan agar mengenepikan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 menerima hukuman setimpal selepas diputuskan bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.

Rusli, 35, Sapriadi, 28, dan Lalu Alwi, 31, yang didakwa secara bersama di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong dijatuhkan hukuman RM10,000 jika gagal dikenakan sebulan penjara, serta dan penjara tujuh hari setiap seorang mulai 22 Oktober lepas.

Mereka cuba menyogok wang RM320 kepada Sub Inspektor Amik Dieip agar tidak mengambil tindakan atas kesalahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah ketika diperiksa.

Kesalahan yang dilakukan pada 22 Oktober 2015 kira-kira pada jam 1.50 petang berhampiran Kilometer 44 Jalan Sri Aman-Sarikei itu termaktub di bawah Seksyen 17(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dan dihukum mengikut Seksyen 24, akta sama.

Dalam kes berasingan, Burhan Sul, 37, dikenakan hukuman RM1,000 atau jika gagal penjara 21 hari atas kesalahan cuba merasuah Inspektor Mahadir Samah agar tidak mengambil tindakan atas kesalahannya di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan itu pada jam kira-kira 1.15 pagi di Kilometer 9, Jalan Sri Aman-Sarikei dengan cuba memberi RM100 kepada pegawai polis itu.

Manakala pada jam kira-kira 3.05 pagi dalam sebuah bas di Kilometer 8, Jalan Sri Aman-Sarikei, Koperal Julia Ahat menolak wang RM50 sogokan ditawarkan Amil Donsen, 35.

Amil cuba menutupi kesalahannya seperti di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, hakim mendapati tertuduh bersalah kerana cuba memberi rasuah seperti termaktub di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan, dan menjatuhkan denda RM500 atau jika gagal penjara 14 hari.

Jumlah wang sama juga cuba diberikan Adiwijaya Abdul Rauf, 24, kepada Koperal Tajjul Faizal Tahir daripada Ibu Pejabat Polis Sri Aman.

Kesalahan cuba menyogok wang kepada anggota polis itu adalah salah seperti termaktub di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Adiwijaya dikenakan hukuman RM500 atau jika gagal penjara 14 hari.

Amil, Adiwijaya dan Burhan membayar hukuman mereka.

Pendakwaan kes dilakukan oleh pegawai pendakwa Katherine Nais.

Enam warga Indonesia itu akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.-UB
Enam Warganegara Indonesia Sogok Polis Terima Hukuman Enam Warganegara Indonesia Sogok Polis Terima Hukuman Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.