Seo Services

Usah Percaya Cerita Viral Taktik Rompakan Terbaharu


SIBU: Orang ramai terutama warga netizen dinasihat tidak mudah percaya dengan dengan cerita dalam blog menjadi viral menyatakan ada taktik rompak terbaharu.

Beberapa blog didapati telah menyebarkan ‘amaran’ kepada orang ramai bahawa penjenayah menggunakan taktik seorang ibu mengendong bayi menangis di depan pintu pagar rumah.

Modus operandi mereka dikatakan menagih simpati pemilik rumah agar membuka pintu pagar dan apabila ia dibuka rakan penjenayah akan muncul dengan kereta sebelum bertindak merompak mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ketika ditemui pemberita berkata, tindakan blogger sedemikian hanya menyebabkan orang ramai menjadi takut dan panik sahaja.

“Kami telah sedia maklum bahawa khabar angin seumpamanya telah disebarkan di dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

“Jangan ambil peduli kerana blogger hanya bertujuan untuk mewujudkan ketakutan di kalangan orang ramai sahaja,” katanya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Sibu di sini pagi semalam.

Menurutnya, sehingga kini, pihaknya belum ada menerima sebarang laporan polis yang boleh dikaitkan dengan taktik rompakan seperti yang telah menjadi viral melalui media sesawang.

KPD juga menafikan bahawa berita disebarkan oleh blogger bahawa taktik rompak itu ada berlaku di Taman Permai di sini baru-baru.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd Kamal turut gembira bahawa semua kes bunuh berlaku dalam tahun ini berjaya diselesaikan.

“Terdapat lima kes bunuh yang berlaku di Sibu sepanjang tahun ini dan semuanya telah berjaya diselesaikan oleh pihaknya.

Katanya, kes tersebut termasuk dua kes bunuh yang berlaku di Jalan Tekam pada Mei dan Ogos tahun ini.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi yang telah ditunjukkan oleh jabatan siasatan jenayah serta jabatan yang berkaitan kerana kadar jenayah indeks Sibu adalah yang ke-empat terendah di negeri ini,” jelasnya.

Sehingga Oktober tahun ini, jumlah kes jenayah telah menurun sebanyak 405 kes daripada 1,214 kes dalam tempoh sama tahun lalu kepada 809 kes atau 33.47 peratus.

Jenayah Kekerasan dan Jenayah Harta Benda masing-masing turun 66 kes (30.3%) dan 339 kes(34%) manakala Jenayah Jalanan mencatatkan 39 kes berbanding 54 kes iaitu penurunan sebanyak 15 kes (27.8%) dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau menegaskan bahawa usaha mencegah dan membanteras jenayah akan diperhebat terutama dalam mengangani aktiviti perjudian dan gengsterism supaya penduduk daerah Sibu akan berasa lebih selamat menjalankan aktiviti harian mereka.

Mohd Kamal juga menasihatkan agar warga polis sentiasa mengekal intergriti pasukan polis dan menghindarkan diri daripada aktiviti tidak sihat.

“Tinggalkan perkara yang tidak baik, masyarakat sentiasa memandang tingkah laku kita. Dalam dunia sekarang, tingkah laku kita diperhatikan, dirakam dan kemudian menjadi viral di laman-laman sosial,” tambahnya.-UB




Usah Percaya Cerita Viral Taktik Rompakan Terbaharu Usah Percaya Cerita Viral Taktik Rompakan Terbaharu Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.