Kota Samarahan : Buat julung kalinya Sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPNK) peringkat kebangsaan diadakan di Kota Samarahan Sarawak. HPPNK merupakan acara yang paling besar dianjurkan di Sarawak pada tahun ini.
Penglibatan negeri-negeri dalam Malaysia untuk mengadakan pameran hasil perladangan, penternakan dan nelayan meriahkan lagi suasana sambutan.
Agensi kerajaan, swasta dan persatuan-persatuan yang berkaitan juga turut tidak melepaskan peluang mengadakan pameran untuk wakil masing-masing.
Zon pameran yang telah di sediakan dengan teratur bagi memudahkan pengunjung pameran melihat hasil pameran yang diadakan.
Antara zon pameran yang di sediakan ialah Zon Pameran Pavilion Negeri-Negeri, Zon Pameran Perikanan dan Pertanian, Zon Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Zon Buah-buahan Segar dan Zon Makanan Popular.
Terdapat juga gerai-gerai makanan yang diusahakan oleh peniaga yang datang dari Kuching dan Samarahan. Sudah pasti bebagai menu makanan yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Zon Pameran Veterinar mempamerkan berbagai jenis haiwan yang menjadi hasil keluaran para penternak seperti pelbagai spesis kambing, lembu, rusa, unggas, ayam, arnab dan berbagai lagi haiwan turut dipamerkan pada HPPNK 2015 Samarahan kali ini. - Sarawakiana
HPPNK Diadakan Buat Julung Kalinya Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
November 27, 2015
Rating:

No comments: