gambar sekadar hiasan |
Difahamkan, pengawal keselamatan sekolah itu sebelum ini beberapa kali cuba memeras ugut wang pelajar di sekolah itu.
Kejadian bermula sejak 5 November lalu apabila kedua-dua pelajar selesai menjawab kertas peperiksaan ditahan pengawal keselamatan terbabit yang mahu memeras wang mengakibatkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan.
Mangsa, Fong Din Joe,17, berkata, dia diperas ugut pengawal terbabit dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sekiranya tidak menyerahkan wang diminta.
“Saya ditahan di hadapan pintu pagar dan dipaksa menyerahkan wang RM10, saya tidak cukup duit dan meminta dikurangkan RM5, tapi dia enggan melepaskan saya keluar,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak, di sini, semalam. -Metro
Jaga Sekolah Peras Duit
Reviewed by Unknown
on
November 27, 2015
Rating:
No comments: