Seo Services

Justin Bieber Buat Hal Lagi, Tinggalkan Konsert Separuh Jalan


PENYANYI yang menjadi pujaan hati anak gadis dari seluruh dunia, Justin Bieber sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia tiba-tiba membatalkan konsertnya hanya selepas menyanyikan sebuah lagu di Oslo, Norway, baru-baru ini.

Tindakan terburu-buru itu dilihat sebagai tindak balas Bieber terhadap segelintir peminatnya yang menumpahkan air ke atas pentas.

Susulan itu, penyanyi berusia 21 tahun itu memuat naik satu post di Instagram memohon maaf kepada semua peminat di atas perbuatannya.

Bieber menjelaskan, dia berhadapan dengan minggu yang sukar dan kemudiannya terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan peminat yang sukar dikawal. – MYNEWSHUB.CC


Justin Bieber Buat Hal Lagi, Tinggalkan Konsert Separuh Jalan Justin Bieber Buat Hal Lagi, Tinggalkan Konsert Separuh Jalan Reviewed by uMieySurianie on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.