Seo Services

Kampung Telaga Air Dibadai Angin Kencang Luar Biasa


KUCHING: Penduduk Kampung Telaga Air panik selepas kampung itu dibadai angin kencang yang dianggap sebagai luar biasa dan menyebabkan beberapa kerosakan serta pokok tumbang semalam.

Seorang penduduk kampung, Sapawi Wen 68 tahun memberitahu, kejadian seawal jam 7 pagi itu kali pertama berlaku di kampung berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini pernah kampung mereka dilanda angin kencang namun tidak seteruk berlaku pagi semalam menyebabkan dia dan keluarganya panik.

“Selama 30 minit kami berasa panik. Kami sekeluarga kelam-kabut kerana risau jika pokok tumbang dan menghempap rumah.

“Sepanjang masa itu juga kami berdoa supaya kami sentiasa dilindungi daripada malapetaka,” katanya ketika ditemui pemberita.

Jelasnya, angin kencang itu memang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sapawi memberitahu, beberapa pokok tumbang berdekatan rumahnya menyebabkan kerosakan tiang elektrik.

“Sungguhpun kejadian pagi tadi sangat mendebarkan, tetapi kami bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku, walaupun beberapa pokok besar tumbang berdekatan rumah,” katanya.

Sementara menurut Jemat Ali,40, semasa kejadian tersebut, dia membawa keluarganya berkumpul di satu sudut dalam rumah apabila bumbung rumah mereka hampir diterbang ribut.

“Memang sangat panik ketika itu, apa yang saya fikirkan ialah keselamatan keluarga, tambahan bumbung rumah sudah berbunyi seakan-akan hendak tercabut,” katanya turut menarik nafas lega kerana mereka selamat.

Tinjauan di kampung berkenaan turut mendapati beberapa pokok tumbang menyebabkan penduduk terputus hubungan seketika sementara kerja pembersihan dilakukan.

Selain itu, Esplanade Telaga Air yang dibina sejak September 2008 dengan menelan kos RM9.2 juta turut mengalami kerosakan akibat ribut tersebut semalam.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, polis serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jturut dikerah ke kampung tersebut untuk menyalurkan bantuan.-UB

Kampung Telaga Air Dibadai Angin Kencang Luar Biasa Kampung Telaga Air Dibadai Angin Kencang Luar Biasa Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.