Seo Services

Mayat Tersangkut Pada Penunjuk Jalan


LOS ANGELES: Seorang pemandu yang keretanya berguling bebeberapa kali dalam satu kemalangan di sebuah lebuh raya di sini tercampak sehingga mayatnya tersangkut di atas papan tanda jalan raya setinggi enam meter.

Peronda Lebuh Raya California Chad Guin berkata, kemalangan berlaku jam 7 pagi (waktu tempatan).

Menurutnya, pegawai terpaksa menggunakan tangga untuk menutup mayat berkenaan sementara menunggu anggota pejabat koroner tiba.

Ia kemudian diturunkan oleh anggota bomba yang turut dipanggil untuk membantu.

Mangsa, dikatakan lelaki berusia 20 tahun, berada seorang diri di dalam kereta berkenaan.

Menurut Guin, sehingga ini pihaknya tidak dapat memastikan punca kemalangan.

Siasatan awal menunjukkan tidak ada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.


- Agensi
Mayat Tersangkut Pada Penunjuk Jalan Mayat Tersangkut Pada Penunjuk Jalan Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.