Seo Services

Menu Makanan Sarawak Yang Mesti Anda Nikmati


Ayam Pansuh
Jika menjejak kaki ke Sarawak, anda pasti akan bertanya dan mencari makanan apa yang terdapat di Sarawak yang belum pernah anda rasai. Di Sarawak memang terdapat berbagai jenis makanan yang beridentiti Sarawak sendiri. Makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan malam.

Berikut adalah jenis makanan yang mesti anda rasai ketika anda berada di Sarawak.

Untuk sarapan pagi anda boleh menikmati juadah seperti Kuih Celorot, Kuih Bongkol dan Kuih Takir. Terdapat berbagai lagi jenis kuih lain yang anda boleh nikmati.

Celorot

Kuih Takir

Kuih Bongkol

Bagi yang menikmati sarapan yang berat, anda bolehlah menikmati makanan berasaskan mee seperti mee kolok, mee sapi dan mee laksa sarawak.

Laksa Sarawak
Untuk juadah makanan tengahari dan makan malam pula anda bolehlah menjamu selera dengan masakan Sayur Terung Asam, Umai, Ayam Pansuh, Sayur Midin Belacan, Ikan Terubuk Masin Goreng dan sebagainya serta sesuai dimakan dengan nasi putih panas.

Sayur Midin

Sayur Terung Asam
Umai
Terubok Masin
Minuman petang anda boleh menikmati secawan kopi bersama umai dan sagu, tumpik udang, kuih bongkol, kuih takir dan berbagai lagi kuih muih.

Makanan tersebut mudah didapati di kedai kopi atau restoran di Sarawak. Rasailah sendiri menu Sarawak dan ia akan menjadi satu pengalaman dan kenangan manis ketika anda berada di Sarawak.- Sarawakiana
Menu Makanan Sarawak Yang Mesti Anda Nikmati Menu Makanan Sarawak Yang Mesti Anda Nikmati Reviewed by Admin on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.