Seo Services

"Pulau Hanyut" Gemparkan Mukah


MUKAH: Pengunjung pekan Mukah gempar apabila melihat ’pulau hanyut’ yang ditumbuhi pokok pandan, nipah, ara, rumbia dan enang hanyut dari hulu Sungai Mukah melintasi bandar ini pada pukul 9.00 pagi kelmarin.

Rata-rata orang ramai menyatakan rasa terkejut dan pertama kali melihat ’pulau’ hanyut dari hulu sungai dan tersadai di sebuah dermaga lama sekitar 200 meter dari Kuala Mukah.

Seorang penduduk, Elisia Robert, 50, berkata, kehadiran ’pulau’ itu kemungkinan memberi petanda bahagian ini akan dikunjungi oleh ribuan pengunjung lebih-lebih menjelang Regata Mukah 2015 pada 27 hingga 29 November ini.

"Bukan sahaja bapa saya yang sudah berumur 78 tahun, saya sendiri yang telah berumut 50 tahun turut hairan melihat kejadian ini.

"Inilah pertama kali saya melihat dan ternampak sebuah pulau yang menjelma di Mukah," katanya kepada Utusan Sarawak.

Sementara itu, rata-rata penduduk Mukah yang ditemui mempunyai anggapan berlainan mengenai jelmaan ’pulau’ itu. Mereka berdoa dan berharap kehadiran ’pulau’ itu membawa keberkatan, kesejahteraan dan kekayaan kepada penduduk Mukah.

Sehingga berita ini ditulis, ’pulau’ tersebut masih diikat dan kemungkinan akan dipelihara di lokasi sesuai sebagai hiasan oleh individu yang berminat.-UtusanSarawak
"Pulau Hanyut" Gemparkan Mukah "Pulau Hanyut" Gemparkan Mukah Reviewed by Unknown on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.