Seo Services

Kenali Dabai Sarawak


Sibu, Sarikei, Bintangor, Kapit, Song dan Kanowit merupakan pengeluar buah dabai yang terbanyak di Sarawak. Terdapat berbagai bentuk buah dabai yang terdapat di pasaran. Ada yang seakan-akan bulat, bujur dan ada yang kecil.

Dabai atau nama saintifiknya (Canarium odontophyllum) bukan setakat terdapat di borneo, malah ia juga tumbuh di Queensland Australia, Thailand, Filipina, Myanmar dan China.

Pada masa dahulu pokok dabai tumbuh meliar di hutan Sarawak. Di era teknologi masa kini, pokok dabai telah ditanam dan dikomersialkan. Pokok dabai ditanam bermula dengan bijinya disemai dalam polibeg. Apabila anak pokok dabai mencapai ketinggian 1-2 kaki, ia akan dipindah ke dalam tanah kebun. Ketinggian pokok dabai akan mencecah ketinggian maksimum 8-15 meter.

Pokok dabai tumbuh secara menegak dan dahan yang bercabang serta daun panjang dan berkilat. Apabila matang, pokok dabai akan mengeluarkan bunga yang berwarna putih kekuning-kuningan. Buah awal dabai berwarna putih dan unggu. Buah dabai yang matang akan bertukar warna kehitam-hitaman.

Yang belum pernah merasa buah dabai mungkin belum mengetahui cara penyediaan buah dabai untuk dimakan. Buah dabai perlu dicuci bersih terlebih dahulu agar getah yang terdapat dibuah dabai hilang dan bersih. Kemudian ia perlu direndam dalam air suam-suam kuku dan tidak boleh direndam dalam air yang terlalu panas. Toskan air tersebut dan letakkan sedikit garam dan gaul sehingga sebati.

Ia sesuai dimakan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain. Namun begitu ada juga cara lain untuk menikmati keenakan buah dabai. Buah dabai yang telah dibersih diletak dalam bekas dan dicampur kicap dan sedikit gula. Selepas itu jemur dibawah panas matahari sehingga struktur dabai tersebut cukup lembut. Rasa lebih berlemak dan sedap untuk dimakan.

Buah dabai di Sarawak akan memenuhi pasaran pada hujung tahun bermula dari pertengahan bulan November dan akan habis pada bulan March. Buah yang segar adakalanya boleh mencecah RM40 sekilogram dan ada ketikanya RM10 sekilogram apabila buah dabai berlambak di pasaran.

Buah dabai bukan hanya setakat dijual secara segar, malah kerajaan Sarawak sudah membuat kajian dan menghasilkan dabai dalam berbagai bentuk sebagai contoh aiskrim berperisa dabai. Ini akan menambal nilai komersial barang yang yang berasaskan buah dabai.

Walaupun dabai hanya bermusim dan ia cuma boleh di dapati setahun sekali, ia mampu menjana pendapatan yang lumayan bagi pengusaha kebun dabai. Ada yang mampu memperolehi pendapatan RM28,000 hingga RM50,000 setahun. Dengan mengusaha penanaman dabai, pekebun mampu meningkat sosio ekonomi mereka dari masa ke semasa.
Kenali Dabai Sarawak Kenali Dabai Sarawak Reviewed by Admin on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.