Seo Services

Suami Enggan Masak Mi, Wanita Merajuk Ancam Terjun Tingkat Empat


China: Gara-gara merajuk kerana suaminya enggan memasak mi, seorang wanita mengancam terjun dari tingkat empat sebuah apartmen di sini baru-baru ini.

Kejadian berkenaan dipercayai berpunca selepas si suami mahu memasak nasi untuk hidangan tengah hari, tetapi wanita itu mendesak meminta mi.

Pasangan itu dilaporkan bertengkar selepas si suami enggan menuruti kemahuan isterinya dan terus memasak nasi.

Kerana merajuk dengan sikap suaminya itu, wanita berkenaan bertindak memanjat tingkap di kediaman mereka dan mengancam untuk terjun.

Wanita berusia 50-an itu dilihat duduk di atas belebas tingkap kediamannya yang terletak di tingkat empat.

Saksi berkata, wanita itu menjulurkan kakinya ke bawah tingkap dan mengancam terjun.

“Dia sangat emosi dan menjerit serta mengancam untuk membunuh diri,” katanya.

Beberapa jiran cuba memujuk wanita itu supaya turun, tetapi dia enggan menyebabkan suaminya menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Apabila bomba tiba wanita itu masih enggan turun dari tingkap dan terus menjerit memarahi suaminya.

Bagaimanapun, selepas sejam dipujuk bomba wanita itu akhirnya bersetuju turun dari tingkap. – Agensi/myMetro Online
Suami Enggan Masak Mi, Wanita Merajuk Ancam Terjun Tingkat Empat Suami Enggan Masak Mi, Wanita Merajuk Ancam Terjun Tingkat Empat Reviewed by uMieySurianie on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.