Seo Services

Sarawak Hidro Diminta Lebih Giat Bantu Penduduk Terlibat Projek Empangan Bakun


KUCHING: Penduduk yang terjejas oleh pelaksanaan projek empangan hidroelektronik di Bakun, Belaga, sekali lagi menyuarakan hasrat mereka agar turut diberi peranan dalam pengurusan empangan itu.

Presiden Persatuan Kenyah Kebangsaan Sarawak Kennedy Chuk berkata Sarawak Hidro Sdn Bhd, yang mengendalikan empangan itu, tidak begitu banyak mendampingi mereka.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata hanya pada Mei tahun ini syarikat itu mengumumkan pihaknya menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM1 juta kepada masyarakat Sungai Asap yang terjejas oleh projek itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya.

"Sebelum ini, ia hanya beri RM100,000," kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan pengarah urusan Sarawak Hidro, Zulkifle Osman, bahawa syarikat itu sentiasa peka dengan keperluan komuniti hiliran serta huluan dan telah melaksanakan banyak kegiatan CSR.

-- BERNAMA
Sarawak Hidro Diminta Lebih Giat Bantu Penduduk Terlibat Projek Empangan Bakun Sarawak Hidro Diminta Lebih Giat Bantu Penduduk Terlibat Projek Empangan Bakun Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.