Seo Services

Pesawat Terhempas Kerana Rosak, Bukan Ditembak Militan


JURUTERBANG pesawat Kogalymavia Airlines Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir, pada Sabtu dilaporkan sempat meminta kebenaran untuk mendarat di bandar berhampiran kerana mengalami masalah teknikal.

Perkara ini didedahkan ketua pasukan penyiasat nahas terbabit, Ayman Al-Mokadem kepada media Ahram Online.

Siasatan turut mendapati bahawa nahas berlaku ketika juruterbang berusaha mendaratkan pesawat Airbus A321 itu dalam fasa ‘cruising’ ke bandar Al-Arish yang terletak di Utara Sinai.

Keputusan siasatan ini sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat terbabit jatuh selepas ditembak puak militan yang bermarkas di Sinai.

Menara Trafik Udara (ATC) Mesir sebelum ini melaporkan, pesawat terbabit hilang dari radar kira-kira 23 minit selepas ianya meninggalkan bandar yang terkenal sebagai lokasi pelancongan, Sharm el-Sheik.

224 orang termasuk tujuh anak kapal serta 217 penumpang termasuk kanak-kanak kesemuanya warga Rusia; disahkan terkorban.

Rangka pesawat ditemui di wilayah Hassana, Sinai. – MYNEWSHUB.CC

Pesawat Terhempas Kerana Rosak, Bukan Ditembak Militan Pesawat Terhempas Kerana Rosak, Bukan Ditembak Militan Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.