Seo Services

Terang-Terangan Mengangkut Dan Menyusun Balak Haram

BERANI: Dua daripada pekerja terbabit jelas mengangkut dan menyusun balak haram dalam imej statik video ini.

SIBU: Tindakan berani pembalakan haram di kawasan hutan sekunder berhampiran Lorong 13, Jalan Ulu Oya dekat sini berjaya dikesan Jabatan Hutan di sini apabila kira-kira 100 batang balak jenis Binuang berjaya dirampas tengah hari semalam.

Pihak penguat kuasa jabatan tersebut yang dimaklumkan orang awam pergi ke lokasi berkenaan melakukan pemeriksaan dan mendapati dua longgokan batang balak dipotong sepanjang enam kaki setiap satu dilonggok di belakang kawasan perumahan di situ.

Hasil siasatan awal, tiga pegawai penguat kuasa mendapati aktiviti menebang pokok di kawasan hutan sekunder disah haram dan batang Binuang itu dirampas dan ditanda huruf ‘FD’ mengguna cat merah.

Beberapa pemberita berada di lokasi kejadian ketika itu mendapati empat pekerja aktiviti haram itu dipercayai warga asing masih berlegar-legar di kawasan hutan tetapi berjaya melarikan diri setelah menghidu kehadiran pihak penguat kuasa.

Aktiviti haram itu dipercayai dijalankan sejak seminggu lalu dan sebuah lori 10 tan telah memunggah kayu untuk dihantar ke destinasi tidak diketahui pada 7 November lepas.

Dua anggota polis peronda MPV dimaklumkan turut tiba di lokasi melakukan pemeriksaan sekitar jam 2 petang tetapi suspek tidak kelihatan di situ lagi.

Menurut seorang penghuni tinggal berhampiran di situ, aktiviti haram itu telah dirakam menggunakan telefon pintar pada 7 November dan pagi semalam, tiga hingga empat individu sedang melakukan kerja pemunggahan balak di situ.

“Kehadiran individu mencurigakan itu membimbangkan penghuni perumahan di sini dan saya terpaksa melapor perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, tindakan individu itu amat berani memandangkan kawasan berkenaan hanya 12 kilometer dari pusat bandar dan tidak sampai satu kilometer dari Hospital Sibu.

Insiden tersebut juga telah dimaklumkan kepada Setiausaha Ketua Menteri yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada ketua pegawai penguatkuasaan jabatan berkenaan di Kuching.

“Saya telah memaklumkan kepada ketua pegawai penguat kuasa secara peribadi. Jabatan akan melakukan pemeriksaan dan tindakan sewajarnya,” tambahnya. -UB
Terang-Terangan Mengangkut Dan Menyusun Balak Haram Terang-Terangan Mengangkut Dan Menyusun Balak Haram Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.