Seo Services

X-FAB Silicon Foundaries Akan Labur RM500 Juta Lagi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pembuat wafer faundri berpangkalan di Jerman, X-FAB Silicon Foundaries, akan melabur RM500 juta lagi bagi tempoh tahun ini hingga 2017 untuk menambah kapasiti di kilangnya, X-FAB Sarawak Sdn Bhd yang terletak di Kuching, Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan X-FAB, Rudi de Winter, berkata pelaburan itu termasuk perbelanjaan modal RM125 juta pada tahun ini.

"Pada 2016, kami menjangkakan X-FAB Sarawak menyumbang lebih 50 peratus jumlah keseluruhan pendapatan kumpulan X-FAB," katanya semasa taklimat media di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada 2014, X-FAB Sarawak menyumbang US$147.7 juta (US$1=RM4.35) kepada pendapatan kumpulan dan ia dijangka meningkat kepada US$250 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang seiring dengan perluasan kapasiti, kata de Winter.

Beliau berkata operasi di Kuching akan mengeluarkan antara 27,000 dan 28,000 unit wafer setiap bulan berbanding daripada 20,000 dan 24,000 unit ketika ini.

Daripada tambahan RM500 juta itu, de Winter berkata kumpulan itu melabur kumulatif US$180 juta sejak X-FAB Sarawak menjadi sebahagian daripada kumpulan itu pada 2006.

"Majoriti daripada pelaburan itu adalah dalam tempoh tiga tahun lepas. Sejak 2014, pelaburan kami semakin berkembang pesat," katanya.

Kerajaan negeri Sarawak memegang 35 peratus saham dalam X-FAB Sarawak, Xtrion NV berpangkalan di Belgium pula memegang 61 peratus di samping O2 Micro dan Micronas masing-masing memiliki dua peratus pegangan.

Selain Kuching, X-FAB Group mempunyai empat lagi kilang pengeluaran di Jerman dan Amerika Syarikat.

-- BERNAMA
X-FAB Silicon Foundaries Akan Labur RM500 Juta Lagi Di Malaysia X-FAB Silicon Foundaries Akan Labur RM500 Juta Lagi Di Malaysia Reviewed by Admin on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.