Jumlah Pakar Dalam BIdang Penyelidikan Dan Pembangunan Masih Kurang – Len Talif

Seo Services
Datu Haji Len Talif (dua dari kiri) Salleh mengadakan sidang media mengenai Persidangan Antarabangsa Taksonomi dan Ekologi.

KUCHING: Bidang penyelidik dan pembangunan di negara ini masih lagi kurang tenaga kerja dari kalangan anak-anak muda terutama lepasan universiti.

Malah, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Haji Len Talif Salleh berkata punca adalah anak-anak muda kurang berminat dengan profesion tersebut kerana kurang pendedahan dari peringkat sekolah hingga ke universiti.

“Berdasarkan pengalaman saya, bidang penyelidikan dan pembangunan ini masih lagi belum mempunyai gaji mengikut skala atau gred yang ditetapkan seperti pekerjaan-pekerjaan yang lain,” katanya.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah juga di luar negara, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Taksonomi dan Ekologi anjuran UNIMAS di salah sebuah hotel terkemuka disini pagi tadi

Pekerjaan dalam bidang ini seperti pakar Taksonomi, Patologi, Botani dan lain-lain amat memerlukan ramai pakar bagi menyumbangkan dalam pembangunan dan penyelidikan dalam negara kita katanya.

Selain itu, beliau berkata, sekiranya kajian tentang ikan terubok di Sarawak tidak dibuat melalui penyelidikan dan pembangunan, sudah pasti spesis ikan terubok akan pupus dan ia disebabkan kekurangan pakar dalam bidang tersebut.

“Seperti ikan Salmon yang hidup di aliran sungai yang deras, ramai yang tidak tahu bagaimana ikan tersebut dibiakkan, tetapi dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, ikan tersebut sebenarnya boleh dibiakan didalam sangkar kolam,” katanya

Beliau menambah ntuk menjadi pakar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, minat dan komitmen yang tinggi diperlukan.

Turut hadir pada persidangan tersebut Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Pengerusi Persidangan Taksonomi dan Ekologi Professor Dr. Ismail Jusoh. - Sarawakiana
Jumlah Pakar Dalam BIdang Penyelidikan Dan Pembangunan Masih Kurang – Len Talif Jumlah Pakar Dalam BIdang Penyelidikan Dan Pembangunan Masih Kurang – Len Talif Reviewed by Unknown on December 01, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.