Kuching : Sebuah majlis khas sambutan Tahun Baru akan diadakan secara besar-besaran di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya pada malam 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu MIsnu Taha berkata, majlis tersebut diadakan sempena meraikan pemansuhan Tol Jambatan Salahudin yang akan berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016 sekaligus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.
Katanya, dijangka 10,00 ribu pengunjung akan menghadiri majlis tersebut yang akan bermula dari pukul 9 malam dan dimeriahkan juga dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah dan pertunjukan bunga api.
“Majlis sambutan ini merupakan julung kalinya diadakan secara besar-besaran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan juga sebagai meraikan pemansuhan tol terakhir di Sarawak selepas tol Jambatan Lanang di Sibu dan tol Jambatan ASEAN Baram ,”
“Apa yang menarik, satu gimik khas melambangkan kutipan terkakhir tol akan diadakan,” katanya
“Ini juga adalah salah satu pencapaian yang ketara di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Si Adenan Satem sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak,”
Terdahulu, Adenan mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Salahuddin dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas.
Jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.- Sarawakiana
Jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.- Sarawakiana
Sambutan Tahun Baru Besar-besaran Di Tol Jambatan Salahuddin
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2015
Rating:

No comments: