Seo Services

Tan Sri Datuk Amar Bujang Noor Angkat Sumpah Pemangku TYT Sarawak


KUCHING - Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Noor hari ini mengangkat sumpah sebagai Pemangku Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak.

Istiadat mengangkat sumpah telah diadakan di hadapan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dan Hakim Mahkamah Sarawak.

Istiadat angkat sumpah Pemangku TYT Negeri Sarawak diadakan berikutan ketiadaan TYT Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang kini sedang bercuti.

Ini bukan kali pertama istiadat angkat sumpah diadakan dan menjadi kelaziman jika ketiadaan TYT Negeri Sarawak di dalam negeri dalam tempoh yang lama. - klxpress.
Tan Sri Datuk Amar Bujang Noor Angkat Sumpah Pemangku TYT Sarawak Tan Sri Datuk Amar Bujang Noor Angkat Sumpah Pemangku TYT Sarawak Reviewed by Unknown on December 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.