Seo Services

Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran


DUBAI: Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran susulan serbuan ke atas kedutaannya di Tehran oleh penunjuk perasaan negara itu.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, berkata diplomat Iran sudah diarah meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh 48 jam.

Katanya, duta Arab Saudi pula sudah meninggalkan Iran dan tiba di Dubai dalam perjalanan pulang ke tanah air awal pagi Isnin.

Krisis tercetus berikutan tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama terkemuka Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.

Sheikh Nimr al-Nimr merupakan seorang yang lantang mengkritik pemerintahan monarki Arab itu.
Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran Reviewed by Unknown on January 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.