Penggunaan merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.
Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.
Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.
BAGAIMANA MERKURI PUTIHKAN KULIT?
Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘raksa’ biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.
Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.
Selain raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).
Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan. - Mynewshub
Bagaimana Merkuri Dalam Kosmetik Putihkan Muka
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2016
Rating:

No comments: