Seo Services

Ekonomi Negara Dipengaruhi Faktor Luar Kawalan Bukan Kesilapan, Kelemahan Negara


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.

“Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat.

“Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini di sini hari ini.

Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Pada perhimpunan itu, Najib menjelaskan kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira U$100 setong kepada antara US$32 dan US$33 setong ketika ini.

“Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara.

“Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada US$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara US$32 dan US$33 setong. Dengan ini, kita perlu ‘recaliberated’ (pengubahsuaian) pada Bajet 2016,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk ‘normalise’kan (menormalkan) kadar faedah menyebabkan Dollar Amerika lebih kukuh berbanding nilai mata wang di seluruh dunia, termasuk Ringgit.

Selain itu, katanya, kelembapan ekonomi China juga memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Beliau memberikan contoh seperti apabila berlakunya pengurangan pembelian kereta akan menyebabkan kurangnya pembelian tayar, sekali gus mengakibatkan pengurangan pembelian getah.-Bernama
Ekonomi Negara Dipengaruhi Faktor Luar Kawalan Bukan Kesilapan, Kelemahan Negara Ekonomi Negara Dipengaruhi Faktor Luar Kawalan Bukan Kesilapan, Kelemahan Negara Reviewed by Unknown on January 11, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.