Seo Services

Eksesais Sesi Pengambilan Jawatan Konstabel Mulai Isnin Ini




Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais pengambilan bagi jawatan konstabel wanita dan konstabel sokongan lelaki dan wanita mulai Isnin ini sehingga 1 Mac depan.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, ACP Datin Asmawati Ahmad, calon yang telah mendaftar melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) layak menghadirkan diri untuk menjalani ujian fizikal sebelum pukul 10 pagi pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan di Portal Rasmi PDRM di pautan www.rmp.gov.my.

"Skim perkhidmatan turut diperjelaskan di pautan tersebut untuk rujukan calon-calon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua calon yang layak, diwajibkan membawa salinan dan bukti mengesahkan membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015, serta membawa kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, PMR, sijil tertinggi asal, sijil berhenti sekolah serta satu salinan setiap sijil, tambahnya.

Selain itu, satu salinan kad pengenalan bapa, satu salinan sijil kelahiran atau sijil kematian bapa; satu salinan kad pengenalan ibu, satu salinan sijil kelahiran atau sijil kematian ibu; satu keping gambar terkini calon berukuran pasport, pen ball-point hitam, liquid paper serta gam dan pakaian sukan untuk ujian fizikal (seluar panjang sukan, kemeja-T berkolar dan kasut sukan).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Unit Pengambilan PDRM melalui talian 03-22668347/8349/8350/8351.-Sarawakiana
Eksesais Sesi Pengambilan Jawatan Konstabel Mulai Isnin Ini Eksesais Sesi Pengambilan Jawatan Konstabel Mulai Isnin Ini Reviewed by Unknown on January 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.