KUALA LUMPUR: Hanya Malaysia daripada 12 negara terbabit dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membawa perkara itu ke Dewan Parlimen untuk mendapatkan kelulusan sebelum ditandatangani.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata semua 11 anggota TPPA lain sudah membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu di New Zealand pada 4 Februari ini.
Katanya, bagi Malaysia, keputusan dibuat sama ada untuk menandatangani TPPA atau tidak hanya selepas ia dibahaskan dan diputuskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Ini adalah satu langkah yang menunjukkan bahawa kerajaan menghormati pandangan ahli Parlimen. Sekiranya ahli berhormat setuju supaya kerajaan menandatangani TPPA, ia belum dilaksanakan lagi.
"Tempoh kira-kira dua tahun diperlukan untuk kita membuat beberapa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan peraturan tertentu sebelum dapat diratifikasikan," katanya ketika membentangkan usul Malaysia menyertai TPPA pada mesyuarat khas Parlimen di sini, sebentar tadi.
Mustapa berkata, sebanyak 26 pindaan perlu dibuat ke atas 17 undang-undang bagi mengambil kira beberapa persetujuan dicapai oleh negara-negara dalam perjanjian itu. - BH
Hanya Malaysia Bawa TPPA Ke Parlimen Untuk Kelulusan
Reviewed by uMieySurianie
on
January 26, 2016
Rating:
No comments: