Seo Services

Ikan Keli dan Petua Yang Pelik


Ikan keli hutan atau ikan keli air payau memang sedap dalam pelbagai variasi masakan. Ikan keli secara semula jadinya hanya makan lumut hutan dan biji-biji pokok getah.

Bukan sahaja sedap sebagai makanan, ikan keli juga mempunyai kegunaan lain dalam petua masyarakat terdahulu. Hakikatnya kegunaannya masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Pada masa dahulu perkembangan pembesaran anak-anak sering menjadi perhatian orang tua dulu-dulu. Sejak dari lahir sehingga mencapai akhil baligh pembesaran anak-anak tetap menjadi perhatian.

Bab mencapai tahap umur hendak berjalan perkara utama pemerhatian ibubapa dahulu. Jangka umur anak-anak dahulu harus berjalan ialah dari umur 11 bulan sehingga setahun setengah. Jika jangka masa tersebut anak-anak belum pandai berjalan, masyarakat terdahulu mempunyai alternatif lain untuk menangani perkara tersebut.

Ikan keli menjadi alternatif perubatan atau petua yang diguna pakai. Ikan keli tersebut akan dipukul ke kaki anak-anak yang lambat berjalan sebanyak 3 kali. Memang terbukti berkesan petua tersebut. Sehingga hari ini masyarakat masih mangamalkan petua sedemikian rupa.

Begitulah petua pelik masyarakat terdahulu mempengaruhi kehidupan harian kita pada hari ini. Yang pasti ikan keli mempunyai khasiat-khasiat yang baik untuk dijadikan makanan atau perubatan tradisional.- DMJ/Sarawakiana
Ikan Keli dan Petua Yang Pelik Ikan Keli dan Petua Yang Pelik Reviewed by Admin on January 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.